- PETA MINDA
- PETA i-THINK
Peta minda telah diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984. Ia digunakan sebagai salah satu cara mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Selain itu, ia juga digunakan untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar. Peta minda menggunakan anak panah, warna yang pelbagai dan kod-kod yang istimewa. Ia menghubungkaitkan suatu perkara/ konsep/ perkataan/ kata kunci dengan suatu perkara atau mempunyai perkaitan dan hubungkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu menonjolkan hubungkait antara idea-idea yang penting. Melalui lakaran, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar atau kata kunci.
Peta minda juga dapat membantu menjimatkan masa untuk mengulang kaji subjek yang dipelajari dan memberi kefahaman yang lebih cepat melalui gambar rajah konsep berbentuk grafik. Ia juga membantu meningkatkan daya ingatan.
PETA i-THINK
Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah diperkenalkan pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan guru kurang berkemahiran aras tinggi di dalm pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan kepada persediaan peperiksaan.
Pada 27 Julai 2011, Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia dan Kemeterin Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan diperluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.
Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovasi. Guru an murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
Di dalam program ini, peta pemikiran diperkenalakn di mana ia mengandungi lapan peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Peta pemikiran berkenaan ialah :-
- Peta Bulatan
- Peta Buih
- Peta Buih Berganda
- Peta Pokok
- Peta Alir
- Peta Pelbagai Alir
- Peta Dakap
- Peta Titi
Peta bulatan
- Untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk
Peta buih
- Mengenalpasti atau menunjukkan kualiti sesuatu maklumat
Peta buih berganda
- Membanding beza maklumat
Peta pokok- Mengklasifikasikan bahan atau idea
Peta alir
- Menerangkan urutan suatu proses
Peta pelbagai alir
- Menganalisis dan menunjukkan hubungan sebab dan akibat
Peta dakap
- Menganalisis objek fizikal
Peta titi
- mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan
No comments:
Post a Comment